23.6 C
Malaysia
Sunday, September 15, 2024

Latest Posts

Disoal Peminat Adakah Sudah Berbaik Dengan Sharnaaz Ahmad, Ini Respon Shila Amzah!

Penyanyi, Shila Amzah tampil menjawab soalan peminat mengenai hubungannya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram miliknya.

Dalam persoalan itu, ada yang bertanyakan adakah dirinya dengan Sharnaaz sudah berbaik.

“Secara jujur hanya nak tahu, dengan sharnaaz korang masih berbaik?”-Soal peminat tersebut.

Masih Belum Berbaik

Shila atau nama sebenarnya Norshahila Amir Amzah kemudian memberitahu bahawa dia masih belum berbaik dengan Sharnaaz setelah apa yang sudah berlaku sebelum ini.

“After apa yang dah berlaku lately, sejujurnya tidak..”-Jelas Shila

Bersikap Profesional Jika Terlibat Projek Yang Sama

Walaubagaimanapun, Shila turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai masalah dan masih boleh bersikap profesional jika dia dan Sharnaaz terlibat dalam projek atau program yang sama.

“Tapi kalau ada program sama ke apa i don’t have any problem and can keep things professional.”- katanya.

Terdahulu, Murai MY melaporkan Shila memaklumkan telah sah bercerai dengan suaminya. Dedah Shila, pada Disember tahun lalu, ketika itu dia sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan Haris.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.