30.2 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Disoal Bagaimana Penerimaan Banduan Lain Ketika Dia Dipenjara? Ini Jawapan Emilia Hanafi!

Umum mengetahui sebelum ini, bekas isteri ahli perniagaan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin iaitu Emilia Hanafi telah dijatuhi hukuman penjara selama tujuh hari atas kesalahan mengubah tarikh lawatan anak-anaknya.

Pengikut Persoal Adakah Tahanan Di Penjara Rasa Pelik Sebab Emilia Dimasukkan Ke Penjara

Menerusi DM di Instagram yang dimuatnaik di Insta Stories, Emilia mendapat persoalan daripada pengikutnya adakah para tahanan di dalam penjara merasa pelik dengan sebab dirinya dipenjarakan.

“Orang-orang kat dalam tu mesti pelik dengan kes you dipenjarakan. Betul tak?.”-Soal pengikut di Instagram

“Ya, Betul”

Emilia kemudian menjawab persoalan pengikutnya dengan mengatakan bahawa para tahanan di penjara merasa pelik dengan dirinya yang dipenjarakan kerana menukar tarikh lawatan.

“Ya, betul. Semua di sana rasa pelik saya dipenjarakan atas sebab tukar ganti tarikh lawatan.”-Jawab Emilia

Sekadar info, Emilia Hanafi dan Faisal mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan dikurniakan tiga cahaya mata. Namun, pasangan ini telah bercerai pada Mac 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.