21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Disaman? Nelydia Senrose Kecewa Dengan Tindakan Chriszen Malaysia

Semalam, kecoh mengenai dakwaan kononnya syarikat produk kosmetik Chriszen Malaysia Sdn Bhd telah bertindak menyaman pelakon Nelydia Senrose selepas dia dikatakan telah melanggar kontrak sebagai duta syarikat itu pada tahun lalu.

Tuntut RM160,000 Dari Nelydia

Dikhabarkan Nelydia gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai duta apabila tidak melakukan aktiviti promosi dan publisiti seperti yang termaktub dalam kontrak Chriszen Malaysia. Malah, pengasas yang juga Pengarah Urusannya, Mandy Leong seperti dalam laporan Harian Metro berkata pihaknya menuntut pulangan wang sebanyak RM160,000 daripada Nelydia sebagai ganti rugi. Sebelum ini, pelakon itu telah dibayar sebanyak 70 peratus daripada jumlah penuh sebagai duta.

“Sebaik dia (Nelydia) bersetuju dengan kontrak syarikat kami sebagai duta, saya sudah membayarnya sebanyak RM102,000 iaitu kira-kira 70 peratus daripada jumlah penuh.

“Bagaimanapun, dia gagal melaksanakan tanggungjawab apabila tidak melakukan aktiviti promosi dan publisiti seperti yang termaktub dalam kontrak.

“Antaranya membuat hantaran mengenai produk sebanyak 15 kali di media sosial, menghadiri dua kali promosi di televisyen dan datang ke majlis pelancaran produk kami pada 25 April tahun lalu,” katanya.

Nelydia Kecewa 

Malah, menurut Mandy dia berasa kesal kerana Nelydia tidak memberi kerjasama dengan baik sebagai duta produk kerana hanya terbabit dengan satu sesi fotografi produk sahaja. Semalam, telah berlangsungnya prosiding perbicaraan hari pertama kes itu yang dijalankan di hadapan Hakim Shamsuddin Abdullah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Namun, menurut Nelydia menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagramnya, dia kecewa dengan tindakan Chriszen dalam membuat tuntutan sensasi kepada pihak media berkenaan tuntutan tersebut. Nelydia dalam kenyataan itu turut bertegas akan mempertahankan haknya untuk membuat tuntutan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab diatas komen-komen yang tidak berasas. 

https://www.instagram.com/p/CCVtBR7jcdF/

Chriszen selaku plaintif diwakili peguam Tan Eng Keat, manakala Nelydia dan pengurusannya selaku defendan kedua Alfie Management Sdn Bhd diwakili peguam Amirul Izzat dan Lim Zi-Han. Perbicaraan kes yang mana akan disambung pada 16 Julai depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.