31.1 C
Malaysia
Saturday, August 31, 2024

Latest Posts

Diminta Untuk Henti Lakukan Konten ‘Gedik’, Ini Respon Baby Shima!

Penyanyi kontroversi, Baby Shima sentiasa menjadi perhatian ramai disebabkan video menari geleknya yang sering tular di media sosial. Terkini, Baby Shima mendapat teguran daripada netizen yang meminta untuk berhenti menghasilkan konten ‘gedik’ di media sosialnya.

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Baby Shima bergelek ketika berada dalam Mass Rapid Transit (MRT).

“Tak boleh lah dengar lagu ni!!”-Kata Baby Shima

“Jangan Buat Content Gedik Kak..”

Apa yang mencuri perhatian adalah komen seorang netizen yang memintanya untuk berhenti melakukan konten ‘gedik’ dan bersedia untuk ‘tahan telinga’ apabila mendapat kecaman.

“Jangan buat content gedik kak, nanti orang kecam kena tahan telinga ya.”-Komen seorang netizen

Tetap Dikecam Biarpun Nyanyi Lagu Nasyid

Tidak berdiam diri, Baby Shima kemudian membalas komen netizen tersebut dengan mengatakan bahawa dia tetap mendapat kecaman walaupun menyanyikan lagu nasyid.

“Nak kecam kecam je lah wak..Sebab Shima ni buat video apa pun tetap kena. Walaupun nyanyi lagu nasyid haritu.”-Balas Baby Shima

Murai MY sebelum ini melaporkan mengenai tindakan Dai’ Fuad yang menegur Baby Shima secara lemah lembut dan menyatakan bahawa seorang wanita harus mempunyai perasaan malu kerana itu adalah perisai iman.

Dai’ Fuad juga menegaskan bahawa keadaan di Malaysia tidak sama seperti di Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.