24.4 C
Malaysia
Saturday, November 9, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Dimana Nadir Belanjakan Wang RM20 Juta?”- Ini 15 Yang Menarik Dalam ‘Live’ Ebit Lew

Sebentar tadi, pendakwah terkenal Ebit Irawan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew akhirnya tampil memberi penjelasan secara terperinci mengenai dakwaan fitnah yang dilemparkan oleh beberapa individu termasuk dari penyanyi Caprice.

Menurut Ebit, ini adalah kali pertama dia berbuat sidang media khas kerana tidak sanggup melihat nama baik keluarganya terjejas berikutan tularnya tuduhan yang tidak berasas sejak bertolak ke Gaza bagi menyempurnakan misi kemanusiaan di sana.

15 Yang Menarik Dalam ‘Live’ Ebit Lew

Buat yang terlepas dan tertanya mengenai rangkuman sidang media sebentar tadi, Murai.my tampilkan beberapa info menarik serta pendedahan eksklusif yang dibuat oleh figura kesayangan ramai ini.

1. Pertama Kali Menerima Cacian Melampau

Jelas Ebit, ketika isu melibatkan dirinya dan bantuan di Gaza hangat diperkatakan, pertama kali dalam sejarah hidupnya menerima pelbagai kecaman dan makian yang disifatkan melampau. Makian seperti menggelarkannya sebagai dajal, syaitan, babi, penunggang agama, penipu, dan banyak lagi.

2. Mengguris Hati Keluarga

Akui terpaksa mendedahkan segala-galanya, Ebit berkata ia adalah kerana isteri dan anak-anak turut menerima kecaman daripada netizen gara-gara isu tersebut.

3. Tidak Pernah Lancar Dana Untuk Gaza

Ebit dalam siaran langsungnya telah bersumpah bahawa misi nya ke Gaza hanya menggunakan perbelanjaan sendiri. Malah, dia turut menegaskan tidak pernah membuka sebarang tabung dana untuk perbelanjaaan mereka di sana.

“Ramai orang ingat saya bawa duit Malaysia ke sana. Saya pergi sana dengan duit saya sendiri. Saya tidak pernah buka 1 tabung pun untuk ke Gaza” katanya

4. Persoal Nadir Dimana Dana RM20 Juta Setahun

“Ramai maki saya dakwa saya bawa duit Malaysia ke sana, dalam Live Muhammad Nadir Al-Nuri sebelum ini dia pernah sebut beliau mengumpul duit sumbangan yang berjumlah RM20 juta, jadi soalan itu sebenarnya berbalik kepada beliau di mana duit itu?

“Saya yakin dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sana, tetapi saya mahu balikkan soalan itu kepada dia, di mana sumbangan RM20 juta, ada resit ada bukti?,” katanya.

5. Perjelas Dakwaan Bersiar-Siar 

Ebit turut menjawab persoalan daripada orang ramai yang mendakwa kononnya kumpulan misi bantuannya sempat bersiar-siar di Mesir.

“Setibanya di Mesir, kami perlu serahkan nama pada polis, nyatakan tujuan ke sana. Saya tidak boleh letak saya nak ke Gaza kerana belum dapat kebenaran ke Gaza. Jadi, saya ke sana adalah melalui ejen pelancongan terkenal di sana sementara menunggu kelulusan.:

“Bukan bayar mahal pun dan hotel kami terletak berhampiran dengan tempat firaun dan ada juga makam imam Syafi’e. NiatSaya pergi makam imam Syafi’e, takkan lah selama ini kita ikut mazhab Syafi’e, tetapi bila makan Syafi’e di sebelah saya tak boleh pergi tengok.

“Jadi, sementara seminggu itu kami perlu ikut jadual, sementara dapat kelulusan untuk barang, dan kelulusan masuk ke Gaza,” katanya.

6. Nafi Cium Kaki Menteri Gaza

Ebit mendakwa ia adalah fitnah semata-mata. Sebaliknya, dia tidak menyangka menteri di Gaza itu sanggup datang ke biliknya dan berterima kasih atas bantuan yang diberikan.

“Itu adalah fitnah yang sangat melampau sebab ianya melibatkan akidah saya. Wallahi takkan lah saya nak cium kaki orang,” tegas Ebit

7. Jawab Dakwaan Tidak Benarkan Buat Live 

Pendakwah ini menjelaskan buat yang mengenalinya pasti sedia maklum bahawa dalam setiap misi bantuan termasuk di Malaysia, dia tidak membuat video secara langsung di platform media sosialnya. Begitu juga ketika berada di Gaza.

“kalau live pun saya tak benarkan ketika masa misi bantuan dijalankan termasuk di Malaysia. Ini kerana saya enggan perkara yang tidak baik terjadi.”

“Saya hanya berkongsi perkara positif” – Ebit

Jelas Ebit, ini kerana dia enggan kejadian yang diingini berlaku dapat dilihat dalam video tersebut seterusnya mencetuskan pelbagai spekulasi kelak.

8. Tidak Bertegur Dengan Nadir? Ini Respon Ebit

“Kami nak masuk sana, 21 jam melalui 21 check point. Kami syukur dibantu kerajaan Mesir dan Kedutaan Malaysia dengan Wisma Putra.

“Selama 21 jam diiringi 12 kereta kebal, nak pergi tandas atau nak makan pun tak sempat. Duduk tegak 21 jam dalam van. Tapi masih bersemangat nak tolong orang.

“Dalam pukul 1.30 pagi saya sampai, saya belum solat Maghrib dan Isyak kerana niat Jamak. Memang saya nak kejar sembahyang. Mereka suruh saya duduk di kerusi dan Nadir kata saya tak tegur dan tak salam.

Saya betul-betul tak perasan, Lepas tu saya terus pergi solat” jelas Ebit dalam IG Live nya

9. Neelofa Masuk ‘Live’, Bakal Minta Penjelasan Caprice

Menepis dakwaan Caprice kononnya Ebit telah berjanji untuk membawanya serta dua lagi personaliti terkenal yang juga pasangan suami isteri, Neelofa dan PU Riz ke Gaza, menurut Ebit ia adalah fitnah semata-mata. Lebih mengejutkan, ketika Ebit menjelaskan isu tersebut Neelofa tampil memberi komen agar tidak mengaitkan dirinya dan ibu dalam isu tersebut.

“Ibu saya tiada kena mengena dengan cerita Caprice dan ustaz.

“Saya minta jangan kaitkan benda yang tidak berasas,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ebit meminta Neelofa untuk meminta penjelasan tersebut kepada Caprice sebelum kembali dibalas pengacara terkenal itu.

“Saya akan contact Caprice kenapa kaitkan nama orang yang tak terlibat” balas Neelofa

10. Akui Block Caprice Kerana  Bersikap Tidak Sensitif

Ebit berkata dia mengambil keputusan untuk sekat  Caprice di laman Instagram kerana menyifatkan  tindakan penyanyi itu  terlampau ‘negatif’.

“Dia mesej saya ada dua perkara. Satu dia tegur pasal patung. Kemudian dia tegur saya tak patut post pasal saya melawat ayah saya.Ayah saya dah nazak. KKM pun post doakan ayah ini pula sahabat yang post seperti itu. Saya lontar ke tepi telefon saya sebab saya sedih sangat.

11. Kontroversi Melibatkan Pembantu Peribadi

Menurut Ebit, dia mendedahkan tahu akan latar belakang sukarelawan yang bersama dengannya. Terdiri daripada pelbagai latar belakang, harapan Ebit agar pada masa akan datang sahsiah mereka dapat dibentuk dengan lebih baik.

“Saya tidak salahkan pasukan, apa yang terjadi saya tahu semuanya. Pasukan saya terdiri daripada pelbagai bidang,mudah-mudahan semuanya baik kelak.

“Jangan terlalu taksub dengan saya. Pasukan saya sebelum ini ada yang saya jumpa di bawah jambatan, ada juga transgender, jangan suruh saya buang mereka..Ramai sebenarnya sukarelawan, bukan tugas saya untuk menilai mereka” kongsinya lagi

12. Sebab Beli Barang Di Kaherah Dan Bukan Di Gaza

“Soalan ini tak patut wujud. Red Crescent Mesir dibenarkan masuk dari dulu, mereka disahkan dunia dan tidak berpihak ke mana-mana.

Sebab tu saya yakin dan serah kepada mereka. Cuma masa tu tunggu barang Qatar dan Dubai. Tak ada timbul isu tu. Berat juga kalau nak tuduh, lagi berat kalau kita syak pada mereka.

Tak ada banyak barang dalam Gaza, ada yang kena tunggu kelulusan paling cepat selama enam bulan. Saya tahu barang tu akan sampai kalau sampai cepat atau lambat, jadi saya beli di Kaherah.

Saya nak beritahu, barang medik saya beli empat lori. Dua treler dan dua lori saya beli di Mesir. Barang tu dah masuk, tiada masalah. Kat Gaza saya beli banyak juga. Jadi tiada syak.

Kebanyakan barang kat Gaza merupakan dari Israel. Saya beli di Gaza, saya beli juga di Mesir. Saya hairan tuan (Nadir Al-Nuri) dah lama duduk sama, macam mana boleh hairan bila barang tak masuk. Jadi perkataan tu tak patut diucapkan” ujarnya

13. Sudah Serahkan Bukti Pada Polis

Dalam pada itu, Ebit turut menjelaskan bahawa dia mempunyai bukti berkaitan dengan penjelasannya hari ini. Malah segala bukti dan keterangannya juga telah diberikan kepada pihak polis setelah membuat satu laporan semalam.

14. Ebit Menangis Sebak

Ketika bercakap mengenai perihal keluarga serta ibu-bapanya, Ebit secara tiba-tiba mengalirkan air mata. Jelas Ebit, dia tidak menyangka keluarganya akan turut tempias ekoran dakwaan fitnah yang kini tular di media sosial.

15. Ramai Selebriti Tonton Video Live Ebit 

Dalam pemerhatian Murai.my, meskipun Instagram Live telah berlangsung hampir dua jam, namun lebih dari 200 ribu tontonan telah dicatat dalam satu masa. Malah , ramai selebriti turut hadir menonton sidang media tersebut seperti Dato Seri Vida, Dato Seri Aliff Syukri, Nabila Huda, Nabila Ahmad, Aprena Manrose, Luqman Faiz, Michael Ang serta ramai lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.