Pereka fesyen sensasi, Anuar Faizal sekali lagi dikatakan telah mencetus kontroversi apabila menampilkan beberapa orang model lelaki berimej seksi memegang produk terbaharu keluarannya, ‘LUXURY HAND SANITIZER by #ANUARFAIZAL’.
Nampak Bentuk Kemaluan
Selain itu, pakaian model tersebut turut dikritik kerana ada yang hanya memakai seluar dalam (boxer) sehingga menampakkan bentuk kemaluan. Menjelaskan lebih lanjut, Anuar ketika dihubungi Murai.my berkata dia sedia maklum mengenai kecaman daripada netizen.
Bagaimanapun,pereka fesyen ini hanya ingin memandang dari sudut positif dan menganggap segala kritikan tersebut sebagai kritikan yang membina.
“Kecaman netizen seperti biasa saya akan sentiasa pandang dari sudut yang positif. Kritikan yang membina akan saya guna pakai” kata Anuar
Mengenai konsep yang ditampilkan untuk tujuan promosi produk ini, jelas Anuar ia lebih ke arah fotografi “Nature Inspired OOTD” dan telah dipotretkan oleh Azroi Bob . Mengambil inspirasi dari jenama-jenama antarabangsa, dari segi pemilihan model Melayu, Cina dan India pula untuk menunjukkan latar belakang negara Malaysia yang majmuk dan harmoni.
Kena Dengan Konsep
Tambahnya, model tersebut sengaja dibiarkan tanpa memakai baju kerana sesuai dengan kempen wangian dan mesej yang ingin disampaikan, kesegaran angin lembut dan bayu yang bertiup sewaktu berada di persisiran pantai yang bersih serta tenang.
Menurut Anuar, penghasilan pembersih tangan ini tercetus selepas menyedari akan kepentingan penggunaannya dalam norma baharu ini. Menariknya, produk ini didatangkan secara eksklusif dan menampilkan sentuhan mewah kerana mempunyai aroma dari bunga ros, ylang-ylang, iris dan diadun bersama wangian gaharu, amber serta patchouli.
Tidak dilupakan pembersih tangan ini juga dirumus khuhus dengan Ethyl Alcohol sebanyak 70% (mengikut saranan WHO) dan juga terkandung antioksidan.
“Penggunaan One & Only ANUARFAIZAL Luxury Hand Sanitizer adalah melalui “pressure spray” untuk semburan yang lebih meluas dan mudah diguna pakai. Ia hadir dalam botol 60ml” kongsinya lagi
Sebagai seorang penggiat fesyen, dia akui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali ketiga (PKP) 3.0 ini sekali lagi memberi kesan terhadap perniagaannya. Justeru itu, dia terpaksa berfikir dengan lebih kreatif selain dalam masa yang sama ingin memberi peluang kepada mereka yang terkesan dalam pelbagai bidang.
” Ya,saya akui sangat terkesan akibat PKP dan memaksa penggiat di dalam industri kreatif seperti kami untuk berfikir diluar kotak dan bertindak diluar comfort zone”
“Saya perlu berfikir secara kreatif dan kritis dengan mencari peluang perniagaan yang ada dan dalam pada masa yg sama membantu mereka di dalam industri. Sebagai contoh kempen hand sanitizer ini saya mewujudkan peluang pekerjaan untuk pengilang, pencetak, fotografer dan juga model. Saya juga menyampai mesej perpaduan dgn menggunakan model melayu, cina, india yang seteru dengan slogan #kitajagakita” katanya
Sekadar info, Anuar Faizal merupakan salah seorang pereka fesyen ternama tanah air yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini. Sering kali dikatakan mencetuskan kontroversi, namun figura ini mempunyai mesej dan visinya tersendiri dalam setiap terjemahan rekaannya.