Sejak kisahnya mula didedahkan menerusi rancangan Bersamamu, pelbagai tanggapan telah diberikan oleh orang ramai terhadap keadaan terkini pelakon cilik Puteri Balqis Azizi.
Tolak Pertolongan Daripada Ramai Pihak
Manakan tidak, kehidupan kini bersama ibunya dilihat serba kekurangan sehingga terpaksa menjual naskhah nukilannya kepada orang ramai di jalanan.
Melihatkan pada kekurangan tersebut, ramai pihak tampil untuk memberi bantuan namun ditolak dengan baik oleh dua beranak ini. Dek kerana menolak pertolongan itu, netizen mengecam mereka selain mempersoalkan realiti sebenar mengenai kehidupan mereka.
Padam Akaun Instagram
Manakala hasil carian Murai.my mendapati Balqis telah memadam akaun Instagram nya buat seketika dipercayai akibat menerima kecaman daripada pelbagai pihak termasuklah mengenai kenyataan terbarunya menerusi rakaman video bersama usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri.
Dalam tembual tersebut, Aliff telah bertanyakan kepada Balqis apakah yang akan dia lakukan sekiranya mendapat wang sebanyak RM100,000.
Ni masa live Dato Aliff Syukri hari tu dia ada cakap pasal Forex. pic.twitter.com/nu8us9FJJb
— 𝚂𝚌𝚑𝚊 𝚁𝚊𝚜𝚕𝚒 (@schxrxsli) January 17, 2020
Namun jawapan yang diberikan oleh pelakon itu mengejutkan ramai pihak kerana antara impiannya adalah untuk melaburkan wang tersebut untuk ‘Forex’.
Di media sosial, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan jawapan Balqis dan menimbulkan pelbagai persepsi dikalangan mereka.