Ahli Parlimen muar, Syed Saddiq tampil memberi penjelasan selepas terdapat pihak yang mempersoalkan etika pemakaiannya ketika mengambil suntikan dos penggalak (booster dose) baru-baru ini;
Pemakaian Syed Saddiq Dipersoal
Menerusi pendedahan di laman Twitter, Syed Saddiq dikatakan tidak memakai pakaian yang sesuai apabila tampil dengan berkemeja lengan panjang.
Tampil Beri Penjelasan
Susulan itu, ciapan tersebut mendapat perhatian ahli politik itu sebelum tampil memberikan penjelasan. Menurutnya, ketika itu beliau baru sahaja pulang dari wawancara bersama media berkenaan misi banjir.
“Pakai kemeja putih pun salah. Saya baru balik dari wawancara dengan media berkenaan misi banjir”-Jelas Syed Saddiq
Di kesempatan itu, dia mempersoalkan kembali kepada individu tersebut mengenai tindakan yang disifatkan seperti sengaja ingin menjatuhkan imejnya.
“Seriously. Adakah anda tidak mempunyai perkara yang lebih baik untuk dilakukan?”-Soal Syed Saddiq