Baru-baru ini usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri telah mengumumkan akan tampil dengan sebuah single duet hari raya. Video lagu tersebut yang dijangka bertemu peminat pada Rabu ini terlebih dahulu diberikan petunjuk mengenai rakan duetnya. Terdahulu, Aliff meminta peminat untuk membuat pilihan diantara rakannya, Nur Sajat Kamaruzzaman atau Zizi Kirana sebagai rakan duetnya sebelum akhirnya Zizi dipilih.
Kecewa Suara Dikecam
Menyusuli keputusan itu, rata-rata warga net yang sudah mendengar teaser yang dimuat naik Aliff di laman Instagram nya itu mengecam suara Aliff yang kedengaran agak sumbang.
https://www.instagram.com/p/Bx9EmIAgtYw/
Melihatkan pada komen-komen tersebut, usahawan tersebut meluahkan rasa sedih dan kecewa nya kerana tertekan dengan komen-komen yang berbaur negatif sehingga turut menarik perhatian penyanyi dan pelakon, Erra Fazira yang tampil memberikan nasihat kepada nya.
“Salam Datuk Aliff (DA). Alaa cian, stress dah muka tu. Awak belajar vokal dekat mana DA? Cer lepas ni ambik guru vokal yang betul-betul dan buat sampai. Tak wow tak apa, tapi orang kata ada improvment yang tremendous. So hopefully DA kita ini pun tak la stress dengan kecaman orang. What say you dear?,” tulisnya.
Suara Dipuji Komposer
Dalam perkembangan lain, bangkit dari ‘kekecewaanya’ itu, Aliff memberitahu bahawa lagu terbaharunya kali ini adalah menggunakan 100% suara nya yang asli tanpa sebarang ‘auto-tune’. Jelasnya lagi, rakaman vokalnya itu turut mendapat pujian daripada komposer lagu tersebut, Amy UK.
Buat anda yang teruja menantikan lagu terbaharu Aliff ini, pastikan anda menonton MV lagu raya nya pada esok hari!