Personaliti terkenal yang juga pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri tampil menegur sebuah portal terkenal yang mengaitkan dirinya dengan isu pensyarah wanita berstatus Profesor dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menghina pelajarnya semasa kelas dalam talian.
Tidak Tahu Mengenai Isu Pensyarah Hina Pelajar
Menerusi Insta Stories, Amalina menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui mengenai isu panas itu malah tidak memberikan sebarang komen terhadapnya
“Minta maaf @mstaronlineofficial, saya tidak tahu menahu tentang cerita pensyarah dan tidak ada memberi komen berkaitan pensyarah tersebut.”- tegur Amalina
Beri Nasihat
Tambahnya lagi, dia turut meminta pihak terlibat untuk tidak mengaitkan dirinya dengan isu panas tersebut bagi tujuan ‘memancing’ orang ramai untuk membaca.
“Janganlah kaitkan saya dengan cerita yang tidak ada kaitan dan guna nama saya sebagai ‘click bait’. Janganlah buat begitu.”- katanya
Baru-baru ini tular di media sosial video mengenai seorang pensyarah wanita yang menghina seorang pelajarnya yang tidak memiliki komputer riba. Pihak universiti turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah meneliti isu tersebut dan bakal mengambil tindakan pantas dan sewajarnya terhadap pensyarah berkenaan.