Anugerah Bintang Paling Popular 32 (ABPBH32) semestinya akan menjadi coretan manis buat penyanyi Aishah. Selain membuat persembahan pada majlis berprestij itu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah binti Wan Ariffin turut diberi penghormatan untuk menyampaikan trofi Bintang Popular kepada pemenang malam itu, Mira Filzah.
Netizen Gelar Aishah ‘Sakai’
Seperti kelaziman para selebriti lain, Aishah sempat berkongsi beberapa ‘moment’ sepanjang di ABPBH32 di laman Instagram nya. Namun begitu, perkongsian tersebut telah mencetuskan kontroversi yang mana ianya telah dikecam oleh seorang netizen yang bagi Aishah agak melampau kerana mengeluarkan perkataan yang berbaur kasar.
Cabar Untuk Bersemuka
Berang dengan kecaman tersebut, Aishah mencabar netizen tersebut untuk bersemuka dengannya. Jelas Bintang Paling Popular ABPBH 1990 itu lagi, tujuan dia memuatnaik segala posting berkaitan dengan dirinya sebelum ini adalah sebagai tanda penghargaan buat pengikutnya yang sentiasa memberi sokongan sejak dahulu lagi.
“malangnya hati you yang lebih hodoh.IG I,suka hati I lah,I upkan semua mentions itu sebagai apresiasi kepada followers I,bukti yang I baca setiap komen mereka.Orang macam ni baik kita buat report je supaya troopers berbayar ni kena tutup saja account dia.Go get a life please”
Kongsi Kenangan Manis
Dalam perkembangan lain, perkongsian Aishah mengenai di sebalik persembahannnya pada ABPBH 32 turut menarik perhatian pengikutnya. Dedah Aishah disebabkan terlalu penat menghadiri raptai seharian suntuk, dia dan suami terlelap di belakang pentas.
“Kami berdua terlelap. Itu dia, artiste vintage nak join event orang muda,boleh terlelap menunggu turn. Bila dah dekat nak turn perform, I bangun rasa mcm nak pitam kerana terlalu penat”
Biarpun terlelap, namun ketika persembahan Aishah berjaya menghiburkan penonton dengan persembahan yang cukup menghiburkan sehingga mendapat pujian ramai. Tahniah Aishah!