Sebelum ini, model dan pelakon baharu Haneesya Hani pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ oleh pengguna media sosial yang mengutuk warna kulitnya.
Sekali Lagi Dihentam
Terbaru, Haneesya sekali lagi menjadi mangsa yang sama sehingga membuatkan dia nekad untuk mendedahkan netizen yang mengelarkannya sebagai ‘Haneesya Hitam’. Meskipun niatnya hanya ingin berkongsi kesedihan akibat dikutuk sedemikian, namun tindakannya itu dikecam hebat oleh pengguna-pengguna media sosial yang lain.
Nama Haneesya Jadi Bahan Kecaman
Jelas Haneesya, dia akui sudah penat menerima kutukan tersebut dan nekad untuk tidak lagi bercakap mengenainya.Malah dia turut berkongsi sekeping foto menyatakan bahawa media sosial boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang. Hasil carian kami di media sosial, segelintir pengguna media sosial telah ‘melancarkan kutukan’ yang agak keterlaluan sehingga menjadikan namanya sebagai tajuk kecaman.
Terdahulu, pelakon Cik Reen Encik Ngok Ngek itu pernah menyatakan meskipun dia dilahirkan dengan kulit yang sedemkian, dia tetap berbangga dengannya dan turut sempat membuat ucapan buat ‘haters’ nya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 yang mengiktirafnya sebagai Artis Baharu Wanita Popular.