Penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang masih tidak berpuas hati dengan dirinya. Ia berikutan pelantun Ketentuan Takdir itu memuatnaik foto makanan yang disediakan untuk anak-anaknya sebelum keluar menjalani penggambaran.
Aishah Pelik Dengan Netizen
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Aishah memuatnaik tangkap layar komen netizen yang menggelarkannya sebagai ‘Datuk low class’. Susulan itu, Aishah mencabar netizen tersebut untuk berhadapan dengannya sekiranya mempunyai rasa tidak puas hati.
“Datuk low class buat pe”-Netizen
“Ada juga yang masih tidak puas hati ek. Setakat baling batu sembunyi tangan apa barang babe. Berdepanlah kalau berani cakap apa yang tak puas hati dengan I. So many sickos nowadays.”-tegas Aishah
DM Netizen Di Instagram
Tambahnya lagi, dia turut bertindak menghantar mesej peribadi (DM) kepada netizen yang mengecamnya itu. Malah, dia juga berasa kasihan kerana tindakan individu tersebut disifatkan Aishah sebagai sesuatu yang tidak berfaedah.
“Tak ada kerja lain ke selain dari masuk IG orang caci orang. Kesian, muka pun tak berani tunjuk ada hati nak kutuk orang.
Kesian orang macam you nie, got nothing better to do in life? Redha Allah macam ni?”-Soal Aishah
Terdahulu, Aishah teruk dikecam kerana menceritakan pengalamannya sebagai seorang isteri yang membeli beras dan tidak pernah dimanjakan dengan hadiah. Aishah turut menjelaskan bahawa dia tidak membuka aib mana-mana pihak kerana semua yang terjadi merupakan pengalaman hidupnya sendiri.