21.6 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Diana Danielle Dedah Bakal Bertemu Pakar Psikiatri Pada Hari Lahir

Pelakon popular, Diana Danielle tampil membuat perkongsian bahawa pada hari lahirnya kelak, dia akan bertemu dengan pakar psikiatri untuk menilai tahap kesihatan mental dirinya.

“Pada Hari Lahir Saya, Saya akan Berjumpa Pakar Psikiatri”-Diana Danielle

Menerusi laman Twitter, pelakon filem Kami Histeria ini ingin memeriksa sekiranya dia mempunyai penyakit ADD ( Attention Deficit Disorder) atau ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). Diana menceritakan bahawa dirinya sering merasakan mempunyai masalah dengan perhatian, fokus, ingatan dan perancangan. Malah, dia berkata tidak menjadi masalah untuk bersikap terbuka dan menjadi jujur dengan diri sendiri.

“Pada hari lahir saya, saya akan berjumpa pakar psikiatri untuk menilai sama ada saya mempunyai ADD/ADHD.

Saya sering merasakan seperti saya mempunyai masalah dengan perhatian/ fokus/ ingatan/ perancangan.

Ianya bukan masalah besar untuk bersikap terbuka, menjadi jujur dengan diri sendiri adalah cara terbaik untuk maju ke hadapan.”- dedah Diana 

Menangis Dapat Temu Janji Pada Hari Lahir

Pelakon yang bakal menginjak usia 30 tahun pada 22 November kelak mengakui menangis apabila mendapat tarikh temujanji doktor pada hari lahirnya kerana berpendapat  seperti membuka lembaran hidup yang baru.

“Hakikatnya bahawa saya mendapat temu janji pada hari lahir saya, saya menangis kerana ia seperti membuka lembaran baru”- dedah Diana lagi

Tambah Diana, dia beranggapan Tuhan sentiasa menjadikan manusia dalam pelbagai variasi dan tidak bermakna ia sebagai satu kelemahan yang boleh menghalangnya.

“Saya akan menerima bahawa secara kognitifnya saya berbeza, tetapi dengan segala-galanya. Tuhan sentiasa menjadikan kita dalam variasi. Itu tudak bermakna ianya adalah kelemahan.

Saya sudah sampi sejauh ini dalah hidup, tiada apa yang boleh menghalang saya.”- kata Diana

Rakan Selebriti Titip Sokongan

Pendedahan isteri kepada Farid Kamil itu turut mendapat sokongan dari rakan selebriti seperti pelakon, Susan Lankester dan pengacara Nazrudin Rahman yang berpendapat bahawa Diana mempunyai keberanian untuk melakukan perkara tersebut.

Sama-sama kita doakan agar urusan Diana Danielle dipermudahkan kelak…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.