32.2 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Diambil Dari Nama Arwah Papa”-Mira Filzah & Suami Umum Nama Cahaya Mata Sulung

Pelakon, Mira Filzah dan suaminya mengumumkan nama anak lelaki mereka setelah selamat dilahirkan pada 10 Mei lalu.

Wan Khair Amir Wan Emir Astar

via Instagram Mira Filzah

Menerusi foto yang dimuatnaik di Instagram, Mira dan Emir mengumumkan nama penuh anak mereka itu adalah Wan Khair Amir Wan Emir Astar.

“Hari ini hari ke-7 bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami- Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.”- Wan Emir Dan Mira

“Diambil Dari Nama Arwah Papa”

Pasangan ini turut berkongsi makna di sebalik nama cahaya mata pertama mereka yang juga diambil daripada nama arwah bapa kepada Emir.

” ‘Khair’ membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). ‘Amir’ pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah. “

via Instagram Mira Filzah

Sudah Laksana Ibadah Tahnik & Bercukur

via Instagram Mira Filzah

Pasangan ini juga memaklumkan bahawa mereka telah selamat melaksanakan ibadah tahnik dan bercukur buat putera sulung mereka. Mereka juga mengucapkan terima kasih buat pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal yang sudi meluangkan masa bersama dalam majlis tersebut.

“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz @ddaniyalbiyajid kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini. Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.”- Emir dan Mira

Sekadar info, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohamad Khairil mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di sebuah Pusat Konvensyen di Bukit Kiara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.