Baru-baru ini, kecoh di media sosial memperkatakan mengenai ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim yang berhenti mengikuti akaun Instagram menantunya, Datin Seri Nur Shahida.
Hubungan Masih Baik
Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut, Rozita telah memuat naik posting kenyataan mengenai hubungannya bersama Shahida. Tegas Rozita hubungan mereka masih baik malah sama sekali tidak akan putus. Jelas Rozita yang juga seorang usahawan, isu unfollow tidak seharusnya disensasikan kerana bukan sahaja Shahida, malah akaun Instagram kedua-dua anaknya termasuk Aliff juga tidak diikutinya.
“Suka hati saya nak follow atau tak..Pak menteri atau artis pun sy tak follow .sy takkan lihat benda yg tak menguntungkan”
“Saya tak follow Ida , kecoh seMalaya masa PKP ni, sempitnya cara berfikir .Sedap bergosip penghilang stress ya.seronok bergosip.Nak tau saya gaduh & salahkan menantu..Dia tetap anak menantu sy lah till jannah ( dalam islam tak ada istilah unfollow masuk neraka weii)”
Tidak Pernah Perli Shahida Di Instagram
Dedah Rozita lagi, dia tidak pernah sama sekali memburukkan Shahida apatah memerlinya dengan memuat naik pelbagai status di laman Instagram kerana masih matang untuk membuat penilaian dan turut mengharap agar pihak di luar sana berhenti mengecam mereka sekeluarga.
Terdahulu, terdapat dakwaan yang mengatakan Rozita seakan-akan memberikan bayangan mengenai keretakan rumah tangga anak dan menantunya yang hangat diperkatakan sejak beberapa minggu yang lalu.