Usahawan sensasi, Nur Sajat terus mencetuskan kontroversi meskipun sudah melarikan diri dan menetap di Australia.
Sajat Masih Lelaki
Terbaru, susulan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan bahawa dia berjaya mendapat status wanita di negara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary tampil memberi kenyataan mengenainya.
Memetik laporan Sinar Harian, Marzuk menegaskan bahawa transgender itu masih seorang lelaki berdasarkan maklumat yang tertera di kad pengenalannya.
“Itu di negara lain. Dalam negara kita, dia tetap lelaki sebagaimana di dalam kad pengenalannya.
Sama ada dia nak pilih negara mana, alam mana untuk tentukan jantina itu, kita tak campur. Itu dia punya pasal,” katanya
Terdahulu, Murai.my melaporkan Sajat telah berjaya menukar status jantinanya kepaa wanita di Australia. Malah dia turut berasa gembira dengan ‘kejayaan’ tersebut. Untuk rekod, Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia. Malah dia turut menjadi buruan pihak berkuasa tempatan sehingga ke hari ini.