Beberapa orang selebriti tampil meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman yang dikatakan sebagai seorang penipu. Dakwaan tersebut muncul selepas beliau masih belum melunaskan bayaran hutang para pelakon dan krew muzikal yang dihasilkan pada 10 tahun lalu.
Iedil Putra
Pelakon filem Ola Bola, Tengku Iedilzuhrie Putra bin Tengku Alaudin atau lebih dikenali sebagai Iedil Putra mendedahkan bahawa mereka masih menunggu bayaran muzikal yang dibintangi pada 10 tahun yang lalu.
“Penyamun Boleh Jadi Wakil Rakyat”-Amerul Affendi
Akma Abdullah
Penyanyi, pengacara dan usahawan, Akma Abdullah mendedahkan bahawa bayaran dengan pasukan produksi Terima Kasih The Musical masih belum dilunaskan sehingga ada pelakon yang sudah meninggal dunia.
“Sampah Pun Lebih Beramanah”-Tony Eusoff
Sharifah Aleya
Syahid Johan
Penerbit filem Pok Ya Cong Codei, Syahid Johan mendedahkan bahawa Wan Abdillah pernah menghasilkan sebuah muzikal teater di Istana Budaya pada tahun 2011. Namun, ada di antara mereka yang terlibat hanya dibayar secara separuh dan ada yang langsung tidak dibayar.
Penerbit filem ini turut meminta rakyat Sarawak untuk berfikir dengan lebih mendalam sebelum memilih wakil rakyat mereka.
Dipetik dari Astro Awani, calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman merupakan nama yang diuar-uarkan akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. Selain itu, beliau juga bergiat aktif sebagai aktivis sosial.