34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

‘Dia Mungkin Terkenal Dengan Kontroversi Tapi…’- Fasha Sandha Kongsi Sifat Sebenar Bekas Suami

Pelakon, Fasha Sandha tampil menjawab soalan peminat mengenai dirinya yang masih berbaik dengan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram.

Dalam soalan itu, ada yang meluahkan rasa suka melihat Fasha dan bekas suami tidak bergaduh sesama sendiri, malah turut diminta tip untuk menjadi ikutan pasangan lain.

“Suka tengok kak dengan ex hubby baik je tak gaduh, ada tips ke untuk pasangan lain.”-Soal peminat

Pernah Ada Perselisihan Faham

Fasha Sandha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Binti Hassan kemudian menjawab soalan peminatnya itu dengan menceritakan bahawa dia dan bekas suami mempunyai sedikit salah faham pada mulanya, namun apabila sudah makin berusia, mereka membuat keputusan untuk berbaik demi anak-anak.

“Sejujurnya, hmm, ada ketika mula-mula dulu ada juga sedikti salah faham, tapi bila dah menghampiri umur banyak, sama-sama berbaik demi anak-anak.

Penting untuk anak-anak semua nampak kami semua harmoni.”-jawab Fasha

Akui Bekas Suami Seorang Lelaki Yang Baik

Tambahnya lagi, Fasha turut mengakui bekas suaminya itu mungkin seorang individu yang terkenal dengan kontroversi, namun dia seorang yang sangat baik hati.

“Rizal adalah daddy dan salah seorang lelaki yang baik yang i pernah jumpa. Dia mungkin terkenal dengan kontroversi, tapi sejujurnya dia baik.

Ok, saya takde tips apa-apa nak bagi, sebab saya bukan pakar motivasi.”-Jawab Fasha

Sekadar info, Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli pernah berkahwin pada 27 April 2012 namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 20 Januari 2016. Mereka juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putera Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.