Pelakon, Datin Seri Umie Aida mendedahkan bahawa kakaknya, Erma Fatima yang merupakan penerbit bagi drama Perempuan itu pernah meluahkan rasa bimbang terhadap babak ‘panas’ yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Siti Hariesa.
Erma Risau
Menerusi hantaran di Instagram yang sudah dipadam, Umie menyatakan bahawa Erma mengetahui bahawa terdapat babak yang kurang sesuai untuk ditonton oleh orang ramai kelak.
“Dari awal lagi Erma luahkan rasa risaunya dia, bila tengok footage cerita ini. Dia kata diorang shoot sangat daring”-Dedah Umie
Kecewa Terdapat Pihak Keluarkan Footage Tanpa Izin Produser
Tambah Umie, dia berasa kecewa apabila terdapat pihak yang sanggup keluarkan footage tanpa mendapat keizinan pihak penerbit dan berkongsinya di Instagram untuk tatapan umum. Difahamkan, footage tersebut ingin dipadam oleh Erma namun tidak menyangka ia telah dikongsi dan menjadi tular di media sosial.
“Dan lebih mengecewakan bila ada pihak yang sanggup keluarkan footage (yang Erma nak buang) dari editor tanpa keizinan pihak producer dan post di IG. Motif keluarkan footage yang belum diedit dan excited dengan scene yang kurang indah itu dikongsikan untuk ‘viral’?”- tegas Umie
Minta Pihak Sepatutnya Pikul Tanggungjawab
Sementara itu, Umie menyatakan bahawa dia sudah menonton sedutan babak panas tersebut yang dikongsi oleh Zul di Instagram pada Jumaat lalu serta meminta pihak yang terlibat untuk bertanggungjawab.
“Dan saya sempat tengok post dari IG aktor tersebut. Saya terus komen kat Erma.. Apa cerita korang buat ni..Gila ke? Dalam isu ini beberapa pihak yang terlibat harus kedepan dan jelaskan kenapa babak tersebut jadi sampai level begitu”- katanya
Terdahulu, Instagram Zul elah diserang netizen selepas memuatnaik babak panas drama lakonannya yang dilihat mendukung Hariesa dalam aksi yang menghairahkan.
Video panas itu turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk yang bakal memanggil produksi dan pelakon yang terlibat dalam drama ‘Perempuan Itu’.