Di laman Twitter malam tadi, terdapat pendedahan daripada seorang netizen yang mana mendedahkan terdapat ramai gadis telah menjadi mangsa kepada pendakwah dan penyanyi, Dai Syed.
Dakwa Ramai Menjadi Mangsa
Dalam pendedahan tersebut, netizen mendakwa rakan baiknya telah menjadi mangsa rogol Dai Syed sehingga membuatkan gadis itu menjadi trauma. Lebih mengejutkan, bukan sahaja rakannya malah terdapat beberapa lagi gadis turut menjadi mangsa apabila pelantun Ya Agmal Eyoun itu dikatakan kononnya membawa mereka pulang ke rumahnya.
Jalankan Siasatan Lanjut
Susulan daripada itu, pihak Murai.my telah menghubungi pengurus kepada Dai Syed bagi mendapatkan kenyataan berkenaan dakwaan tersebut.
Akui terkejut dengan dakwaan itu, menurutnya pihak mereka akan menjalankan siasatan lanjut dan akan tampil dengan satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat. Sebagai info,
Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 25 dikenali ramai sebagai selebriti yang berbakat besar kerana menggunakan bakat yang dimiliki untuk menyampaikan dakwah kepada orang ramai.