Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebuah posting surat terbuka buat juara program Da’i musim kedua Da’i Farhan yang dikatakan perkahwinan keduanya dengan seorang ibu tunggal anak lapan tidak direstui oleh isteri pertama dan keluarganya. Terdahulu, Da’i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad telah memaklumkan dia telah bernikah dengan wanita tersebut di kota suci Mekah.
Jelaskan Perkara Sebenar
Sejurus tersebarnya surat terbuka tersebut, pelbagai kecaman terus dilemparkan pada pendakwah bebas ini malah netizen yang mendedahkan kenyataan tersebut turut bertegas untuk tidak memadam posting yang dimuatnaiknya menerusi laman Facebook.
Susulan daripada itu, Da’i Farhan telah memuat naik sebuah posting terbaharu di laman Instagramnya bagi menjelaskan mengenai apa yang terjadi. Dalam posting itu tertera suntingan perbualan di aplikasi Whatsapp isteri pertama nya, Fatin Nurul Ain yang memohon maaf atas apa yang terjadi merupakan salah faham sehingga terjadinya fitnah pada pendakwah itu.
Angkara Dendam
Malah Da’i Farhan tidak menolak bahawa punca wanita tersebut menyebarkan fitnah padanya bersifat dendam kerana tidak membenarkan isteri pertamanya membeli rumah melaluinya.
Tegasnya lagi, dia mengharapkan agar muatnaik gambarnya bersama Fatin pada 1 November yang lalu menjelasnkan mengenai tuduhan yang dilemparkan padanya seolah-olah memmberi gambaran bahawa rumahtangga mereka berada dalam keadaan baik.
https://www.instagram.com/p/B5ULDL7g-n3/
Bagaimanapun Panel Agama rancangan Tanyalah Ustaz itu telah menyahaktifkan ruangan komen pada posting tersebut. Sebagai info, Farhan dan isteri keduanya telah selamat bernikah di Mekah ketika menunaikan umrah beberapa bulan lalu dan turut mengadakan majlis resepsi sekitar Oktober di Hamshire Flora Terrace, Kuala Lumpur.