Menerusi laman Twitter, hangat memperkatakan mengenai penyanyi remaja, Kucaimars yang didakwa oleh seorang pengguna laman tersebut melakukan sesuatu diluar jangkaan.
Pernah ‘Check-In’ Hotel
Menurut pengguna tersebut kepada seorang pengamal laman Twitter dikenali sebagai @PejuangJlnLurus, dia berkata Kucaimars atau nama sebenarnya Amirul Husyairi Nani,23 telah memperdaya dan mempermainkan perasaan ramai perempuan. Lebih mengejutkan, dedahnya, pelantun Khayalan ini juga pernah menginap di sebuah hotel bersama seorang perempuan yang mana merupakan kenalan kepada netizen itu.
“Memang perangai macam anjing”
“Kawan aku salah seorang mangsa dia”
“Dah check in semua bagai”
Peminat Dakwa Fitnah Semata-Mata
Bagaimanapun perkongsian tweet tersebut dikecam oleh ramai warganet kerana rata-rata daripada mereka beranggapan ianya hanya sekadar fitnah semata-mata.
Malah ada diantara kenalan kepada Kucaimars turut bersetuju bahawa tweet tersebut merupakan cubaan untuk menjatuhkan nama baik dan karier penyanyi ini.
Difahamkan,sebelum ini, Kucaimars dikatakan telah memuatnaik Tweet balas mengenai dakwaan tersebut namun tidak lama kemudian memadamnya semula.