Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) mendedahkan bahawa beliau bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli. Namun, anak kepada usahawan kosmetik ini, Cik B dilihat ‘kurang bersetuju’ dengan keputusan ibunya untuk berkahwin lagi.
“Macam Mana Abang Iqbal Umur 25, Dia Suka Dengan Orang Tua?”-Cik B
Menerusi temubualnya bersama Melodi, Cik B mempersoalkan keputusan ibunya untuk berkahwin lagi disebabkan jarak usia antara DSV dengan Iqbal yang sangat jauh.
“Saya deep down saya kurang setuju. Ye laa, mama umur pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal ni umur 25, dia suka dengan orang tua. Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju dia nak anak lagi. Cukuplah saya dan Kacak sahaja.
Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.”- ujar Cik B
Akui Hubungan Tidak Baik dengan Iqbal
Dalam temubual itu, Cik B turut mendedahkan bahawa beliau dan Iqbal tidak sehaluan dan sering bergaduh.
“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan biasa-biasa, memang luar biasa. Hubungan kami sangat renggang.”- katanya lagi
Anggap Kontroversi Perkahwinan Ibu Sebagai Satu Marketing
Menurut Cik B, beliau pada awalnya menyangka kontroversi perkahwinan DSV dan Iqbal hanyalah gimik pemasaran semata-mata.
“Mula-mula saya ingatkan marketing, tapi nampak macam betul-betul pulak. Ya Allah takutnya, tapi harap-harapnya marketing laa. Saya pun macam taknak la ada ayah baru. Saya dah cukup la ada 5 ayah.”- jelas Cik B lagi
Harap DSV Gembira Dengan Perkahwinan Kali Ini
Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, turut berharap DSV akan gembira dengan perkahwinannya kali ini.
“Saya harapkan kalau jodoh mama dengan abang Iqbal, saya harapkan mama happy la. Dan ikutlah mama nak buat apa, Tapi saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal.”- luahnya
Cik B tampil memberikan pesanan pada ibunya untuk fikirkan niat orang lain yang ingin mendekatinya adakah kerana mereka benar-benar mencintai DSV atau sebaliknya.