Pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui terdapat varian baru COVID-19, Varian IHU yang dikesan di Perancis yang dikatakan lebih mudah merebak dan lebih mampu menentang vaksin.
Pihak Terlibat Cuba Menakutkan Orang Ramai?
Menerusi Insta Stories, Sharnaaz turut mempertikaikan tindakan pihak terlibat yang dilihat seakan-akan cuba menakutkan orang ramai dengan kewujudan varian terbaru itu.
“Takat tu ja nama varian baru??? Come on!! Itu ja boleh reka nama??
Cukup lah baru* nak takutkan orang!!”- tulisnya
Langkah Awal Halang Orang Ramai Pulang Ke Kampung Sambut Aidilfitri
Tambah Sharnaaz lagi, dia menyifatkan isu tersebut sebagai langkah awal untuk menghalang umat Islam pulang ke kampung untuk merayakan Aidilfitri kelak.
“Susunan awal nak halang orang balik raya..Ni lah dinamakan kepala buuu…Sambung!!
Memang Har*m Jad*h puak puak politik la*hanat ni. Kan dah keluaq lagu har*m aku!”- tegas Sharnaaz
Terdahulu, memetik laporan CNBC, para saintis Perancis di Institut Epidemologi IHU Mediterranian telah membuat kajian bahawa Varian IHU yang berasal dari Cameroon dikatakan lebih berbahaya daripada Omicron. Selain itu, Varian IHU atau strain B.1.640.2 dilaporkan telah wujud sebelum varian Omicron, namun ia hanya menjangkiti 12 kes di Perancis yang dikenal pasti setakat ini.