21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

COVID-19 : Puteri Aishah Dikecam Selepas Disahkan Positif

Semalam, pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland pada 15 Mac yang lalu.

Dikecam & Disindir Di Media Sosial 

Namun disebalik titipan doa yang diterima, terdapat pelbagai kecaman terus diberikan buat pelakon ini dan seluruh ahli produksi drama kononnya rombongan ini masih keluar negara tatkala negara dalam keadaan berjaga-jaga sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula pada 18 Mac.

Dalam pada itu, Puteri turut menjadi mangsa sindiran warganet apabila sebelum ini dia berkongsi sebuah posting di dalam pesawat Turkish Airlines yang menjalankan proses sanitasi sebelum berlepas.

“Covid-19 ini buta dik. Dia tak kenal mana Turkish Airlines, mana Air Asia. Dia hentam semua dik”

Kelihatan Sihat 

Dalam perkembangan lain, menerusi perkongsian pengurusnya, Iman Tang di laman Instagram memberitahu pelakon berusia 26 tahun ini nampak sihat dan sempat mengirimkan foto kepadanya ketika sedang dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan susulan.

Terdahulu, Iman berkongsi khabar berita Puteri Aishah disahkan positif wabak itu sekaligus menjadi artis kedua yang terkena COVID-19 selepas PU Riz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.