Pelakon jelita, Catriona Ross menerusi Insta Stories nya meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak media yang disifatkannya sebagai biadab.
Ia berikutan mereka mengarahkan mangsa untuk ‘berlakon’ di hadapan kamera sewaktu mengambil gambar kediaman yang hanyut akibat banjir.
Arah Warga Emas “Wayang” Hadapan Kamera
Dipetik dari Instagram Kosmo, mangsa banjir, Ruhana Mahfodz melihat kediamannya yang hanya tinggal tangga dalam kejadian banjir dan arus kuat di Hulu Langat baru-baru ini.
Namun, apa yang mengecewakan warganet adalah terdapat suara pihak media yang seolah-olah ‘mengarah’ warga emas itu untuk ‘berlakon’ di hadapan kamera untuk mendapat foto yang baik.
“Tarik baju belakang tu. Sentuh-sentuh sikit kak. Panjat sikit. Naik atas (tangga)”- arah seorang individu dipercayai petugas media
Walaubagaimanapun, pihak Kosmo menjelaskan bahawa suara yang memberikan arahan kepada warga emas itu bukan dari pihak mereka.
“Suara yang anda dengar memberi arahan bukan wartawan kosmo!”-jelas Kosmo