Pelakon, Catriona Ross menerusi hantaran di Instagram nya meluahkan rasa kesal dengan pengumuman pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai tiada lagi perubahan status pada MySejahtera jika terdapat individu yang dikesan sebagai kontak kasual.
“Bermaharajalela La Semua”
Dedah Catriona, ketika ini individu yang mempunyai status merah pada My Sejahtera kelihatan bebas kemana-mana sahaja termasuk pergi ke pusat membeli-belah tanpa rasa kesal dan bersalah. Malah, pelakon ini turut mengambarkan mereka akan lebih bermaharajalela apabila MySejahtera tidak lagi memaparkan status kontak kasual.
“Oh wow! Saya tidak dapat memahami ini. Maksud saya, status warna merah pun berkeliaran pergi mall tanpa ada rasa sesal dan salah.
Sekarang, kalau tak bertukar status, bermaharajalela la semua.”- luah Catriona
Tetap Dengan Pendirian Sentiasa Berwaspada
Tambahnya lagi, dia mengakui bahawa rakyat kini sudah memasuki fasa endemik. Namun, dia tetap dengan pendirian untuk kekal dengan sentiasa memakai pelitup muka dan sentiasa berwaspada terhadap sekeliling.
“Siapa tahu apa lagi selepas ini? Mereka yang bertanggungjawab pun berapa kerat aja.
Betul, kita memasuki fasa endemik tetapi saya akan kekal dengan asas. Memakai pelitup muka dan sentiasa berwaspada.”-katanya