27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Case Sha & Bekas Suami Dah Selesai Tadi” – Shila Amzah Sah Bercerai

Penyanyi Shila Amzah mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya, Haris Idraki Elias pada Selasa. Pendedahan tersebut dibuat Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 31, menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG).

Shila & Bekas Suami Akan Jaga Anak Sebaik Mungkin

Memanjatkan rasa syukur kerana urusan perceraian mereka berjalan lancar, Shila berkata dia dan bekas suami akan terus menyayangi dan membesarkan anak mereka sebaik mungkin. Dikesempatan itu, Shila turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakannya.

“Alhamdulillah, case Sha dan bekas suami dah selesai tadi. Kita akan berusaha jaga dan sayangi Seth sampai bila-bila. Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulis Shila

Anggap Ada Hikmah

Di Instastory nya, Shila menyifatkan apa yang berlaku mempunyai hikmahnya dan mengharapkan segala ketentuan kelak akan menjadi lebih baik.

“Semua orang kahwin dalam dunia ini mencari kebahagiaan tak ada orang dekat dunia ini yang kahwin untuk cerai dan berpisah. Apa saja kemungkinan dan juga kemudaratan yang berlaku pada diri kita itu pasti ada hikmahnya. So lets move on , lets go live our life to the fullest. Semoga kelak akan menjadi lebih baik” katanya

Terdahulu, Murai.my melaporkan Shila memaklumkan telah memfailkan perceraian dengan suaminya. Dedah Shila pada Disember tahun lalu, dia sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan Haris. Bagaimanapun, penyanyi itu tidak mendedahkan secara terperinci punca pergolakan rumah tangga mereka.

Untuk rekod, Shila dan Haris mendirikan rumah tangga pada 19 April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.