Menerusi laman Instagram penyanyi Sissy Iman, dikatakan terdapat seorang individu yang tidak dikenali telah memberikan komen berbaur hinaan terhadap ibunya. Akibat komen tersebut, penyanyi berusia 24 tahun ini berasa berang dengan sikap individu itu serta turut meluahkan rasa kecewanya.
Enggan Maafkan
Menerusi posting terbaharu Sissy, dia sama sekali enggan memaafkan individu tersebut yang dikenali sebagai Chainsmoker Hailey di laman sosial berkenaan kerana cuba menjatuhkan maruah ibunya.
Menganggap sikapnya terlalu keterlaluan, menurut Sissy segala apa yang disampaikan individu itu adalah tidak benar sama sekali.
“Hati saya dah terguris kerana awak sesuka hati menghina saya dan mak saya. Saya tak akan maafkan awak sampai awak masuk ke liang lahad sehinggalah kita dibangkitkan satu hari nanti.
“Cari saya di padang Mahsyar dihari perhitungan nanti,” tulisnya.
Hati Terguris
Akui hatinya telah terguris, jelas penyanyi ini dia sama sekali tidak boleh menerima sekiranya ibu kesayangannya menerima komen sedemikian.
Rata-rata pengikutnya turut memberikan kata-kata semangat buat Sissy selain turut menzahirkan rasa tidak puas hati dengan komen yang ditinggalkan oleh individu tersebut.
Dalam perkembangan lain, seperti yang dikongsi Sissy individu tersebut telah pun memadam komennya dan hasil carian bintang Big Stage musim pertama ini mendapati individu tersebut merupakan seorang guru wanita .