30.4 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Cari Makan Cara Keji Sangat!!” – Rozita Che Wan Berang Wajah Digunakan Dalam Iklan Palsu

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa berang terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan wajahnya dalam iklan produk kesihatan tanpa kebenaran.

“Kami Tak Pernah Minum Jus Beruk Ni Untuk Kurus!!”

Menerusi hantaran di Instagram, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta memuatnaik iklan palsu yang menggunakan wajahnya itu, kemudian menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengamalkan produk kesihatan berkenaan untuk menguruskan badan.

“Syaiton mana yang menipu sangat ni???? Mintak perhatian!! Kami tak pernah minum jus beruk ni pun untuk kurus!!. Jus korang tak laku, sampai terpaksa menipu, nak sentil gambaq aku!!.”-Berang Che Ta

Mohon Orang Ramai Jangan Mudah Tertipu

Tegas Che Ta, dia menitipkan pesanan buat orang ramai agar tidak tertipu dengan iklan palsu dan akui rasa kesal dengan pihak terlibat yang menggunakan kaedah keji untuk mengaut keuntungan.

“Kalau artis tu sendiri tak post produk yang dia guna, uols jangan tertipu tau dengan produk-produk tak laku yang sampai terpaksa menipu!.

Video kami ni tengah bercerita pasal produk kami sendiri, depa edit, depa promote produk depa! Cari makan cara keji sangat nih!.”- Tegas Che Ta

Terlalu banyak iklan palsu di media sosial, orang ramai dinasihatkan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan produk palsu..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.