23.6 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

Cara Buat Pencicah Air Asam Ikan Bakar, Resipi Paling Mudah & Sedap!

Selain sambal kicap dan budu, resepi air asam juga salah satu pencicah yang sering dijadikan pilihan bersama ikan bakar, ikan goreng mahupun ikan kukus.

Resipi yang dikongsikan oleh Puan Afy Al Habibi ini salah satu cara paling mudah dan ringkas untuk dicuba.

Menurutnya, hidangan istimewa ini diwarisi dari arwah neneknya dan menjadi kegemaran satu keluarga sehingga sekarang.

RESEPI AIR ASAM PENCICAH IKAN BAKAR

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ½ inci belacan
  • 6 biji bawang merah saiz bola ping pong
  • Beberapa tangkai cili padi
  • 2 biji asam limau nipis saiz besar
  • 3/4 sudu besar gula
  • 3/4 sudu kecil garam
  • 3/4 sudu besar perencah Hilal
  • 1/2 cawan air kosong

Cara penyediaan:

1. Bakar bawang putih, belacan dan bawang merah di atas bara api atau guna pan.

resepi

 

2. Kupas bawang bakar tadi.

3. Sedia lesung untuk menumbuk. Tumbuk bahan bakar tadi bersama cili padi sehingga lumat.

4. Kemudian, perasakan dengan gula, garam dan serbuk perencah Hilal.

5. Perahkan 2 biji asam limau nipis untuk dapatkan airnya. Gunakan penapis untuk mengasingkan biji.

6. Tambahkan 1/2 cawan air kosong.

resepi

7. Air asam yang sedap sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Facebook Afy AL Habibi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.