21.1 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Bukan Untuk Menunjuk-nunjuk”- [VIDEO] Mia Ahmad Kongsi Momen Belajar Al-Quran Bersama Suami

Pelakon Mia Ahmad tampil berkongsi dengan peminat mengenai dirinya dan suami yang merupakan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi Roslan yang telah mengikuti kelas Al-Quran sejak dua tahun yang lalu.

Bukan Untuk Menunjuk

Menerusi hantaran di Instagram, Mia dilihat memuatnaik video yang memaparkan suaminya yang sedang mengikuti kelas Al-Quran bersama seorang Ustaz dan menjelaskan bahawa hantaran yang dimuatnaik bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

“Dua tahun yang lalu, selepas saya dan suami sama-sama mempelajari kelas Al-Quran. Post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan ya tapi just sharing jouney kami bersama sempena bulan Al-Quran ini dan juga sebagai menghargai @kopiah_afik_ni dalam kesabran dia mengajar kami berdua. Terima kasih Ustaz.”-Kongsi Mia

Memori Terindah Sepanjang Perkahwinan

Tambahnya lagi, Mia turut menyatakan bahawa itu adalah memori terindah buatnya sepanjang perkahwinannya bersama Izham serta menitipkan harapan agar menjadi inspirasi buat keluarga di luar sana.

“Yang pasti ni lah memori paling terindah dalam perkahwinan kami. Ya Saya tau hangpa takmau tau pun. Just sharing hopefully dapat beri inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita menuju Jannatul Firdausi. Amin.”-Mia Ahmad

Dipuji Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji dengan perkongsian Mia yang dikatakan telah memberi inspirasi mereka untuk terus kekal istiqamah.

“Allahumma aamin. Saya suka Mia sharing macam ni, sebab Mia juga kekadang bagi inspirasi untuk saya terus kekal beristiqamah. TQ Mia.”

“Keep sharing Mia..Sama-sama kita usaha mencari hidayah Allah.”

“Alhamdullillah. Suka sharing kak mia sekarang. Semoga kak mia sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.”

Sekadar info, Mia Ahmad dan Izham Tarmizi telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa dan seorang cahaya mata perempuan, Iris.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.