Spekulasi mengenai pergolakanan usahawan selebriti popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kembali hangat diperkatakan selepas tersebarnya surat tuntutan cerai yang dibuat oleh Shahida di media sosial.
Jawab Soal Bercerai
Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Aliff menerusi laman Insta-Story nya turut menjawab beberapa persoalan mengenai status rumahtangga nya yang diajukan oleh pengikutnya malam tadi.
Menurut Aliff, terlalu ramai yang bertanyakan soalan adakah dia sudah bercerai dengan Shahida. Balas Aliff, dia bukanlah orang yang sepatutnya diajukan soalan berkenaan namun dia akui sedang lalui ‘perkara’ tersebut dan dalam masa yang sama turut terkejut.
“Soalan itu terlalu banyak orang bertanya dan saya tak sangka benda ini viral”
“Apa pun, saya rasa soalan ini bukan saya sepatutnya anda bertanya dan Ya, saya lalui apa yang berlaku dan saya sendiri terkejut. Doakan baik-baik ya”
Belum Terfikir Cari Pengganti
Menjawab soalan adakah dia sudah bersedia untuk mencari pengganti, jawab pelantun Abang Nak Tegur ini dia masih belum terfikir ke arah itu kerana akui Shahida sememangnya seorang isteri yang baik. Biarpun begitu, dia tidak menolak untuk hanya sekadar berkawan dengan mana-mana wanita.
” Saya tak fikir lagi sebab yang ada pun baik bukan tak baik dan kalau nak berkawan sebagai kawan, bolehlah”
” Tapi kalau nak lebih-lebih itu, saya rasa buat sementara ini tak kot, saya nak fokus pada bisnes dan kerja”
Terdahulu, menerusi laporan Harian Metro, menurut sumber terdekat usahawan itu, kes perbicaraan perceraian mereka bakal didengar semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam masa sama, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian.
“Sudah tiga kali JPK dibuat, tapi gagal,” kata sumber itu.
Difahamkan, ketika ini pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.Dalam perkongsian Insta-story nya juga Aliff berkata dia bukanlah merajuk sebaliknya sudah tawar hati selain akui ada menjenguk anak-anaknya beberapa kali dalam masa dua minggu.