34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Bukan Nak Berlagak, Tapi…”- Tolak Peminat Ajak ‘Selfie’, Nabila Huda Nafi Bersikap Sombong

Pelakon dan pengacara terkenal, Nabila Huda tampil memberikan teguran terhadap peminat yang mahu bergambar dengannya seawal 6 pagi.

Tidak Bermaksud Untuk Berlagak

Menerusi Insta Stories, Nabila menjelaskan bahawa dirinya tidak bermaksud untuk bersikap berlagak, namun pihak terlibat seharusnya mempunyai common sense untuk mengajaknya untuk bergambar pada awal pagi.

“Bukan nak berlagak, tapi common sense sikit please. 6 a.m nak selfie too early for me. Saya baru sahaja bangun dengan muka tak mandi. Dengan berpeluh, muka comot. Kasi peluang please for my ‘me time’ nak enjoy my morning here.”-Jelas Nabila Huda

Boleh Diajak Bergambar Pada Waktu Yang Sesuai

Tambahnya lagi, dia turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk berasa bimbang kerana dirinya bukanlah seorang yang sombong. Malah mereka boleh datang untuk bergambar dan berborak selepas dirinya sudah cantik bersiap dan berada dalam keadaan yang sesuai.

“Jangan risau, saya bukan seorang yang sombong. Kejap lagi lepas saya dah bersiap, dah cantik dah mandi, nak selfie ke, nak borak ke, kalau keadaan bersesuaian, come and say hello to me.

Saya takkan pernah kata tidak. Tak pernah lagi la saya masuk carta seorang manusia yang berlagak  atau sombong selama saya hidup.”-Nabila Huda

Mohon Maaf Pada Yang Terasa

Pelakon terkenal ini turut meminta pihak terlibat untuk memahami masa yang sesuai malah memohon maaf terhadap sesiapa yang terasa dengan hantaran nya di Insta Stories itu.

“Cuma kena faham time okay. You guys kerja pun 8 a.m to 5 p.m. Takkan saya kena kerja 24 jam. Minta maaf kalau buat sesiapa terasa. Hopefully you guys faham.”-Nabila Huda

Artis juga manusia biasa seperti kita semua. Beri masa dan ruang yang sesuai untuk ajak bergambar okay..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.