Penyanyi nasyid, Suhaimi Saad,40 menerusi hantaran di laman Instagram menjelaskan punca dia bertongkat adalah kerana ingin mengikut sebahagian sunnah nabi dan dia sudah lama menyimpan hasrat tersebut apabila menginjak usia 40 tahun.
Nafi Buta Atau Cacat
Menafikan punca dia bertongkat adalah kerana buta atau cacat, jelasnya apabila sudah bertongkat ianya akan menjadi kesedaran buatnya kepada kematian dan memperbanyakkan amal soleh.
“Bukan sebab buta atau cacat, dah lama saya niat, bila masuk usia 40 tahun, saya akan bertongkat.
“Mudah-mudahan itu akan menjadi pengingat kepada saya, bahawa apabila usia meningkat, hidupmu semakin singkat, hari kematianmu makin dekat, tinggalkanlah segala dosa dan maksiat, perbanyakkanlah amal soleh dan taubat,” tulisnya.
Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan In-Team ini juga berdoa agar hidup ini turut dilimpahi rahmat dan diberkati oleh Allah SWT.
Terdahulu, Suhaimi mencuri perhatian apabila keadaan matanya dilaporkan mengalami masalah kronik sehingga memerlukan bantuan isterinya dalam melakukan pelbagai urusan harian.Difahamkan, Suhaimi tidak mengetahui punca masalah matanya dan tidak menolak ianya angkara perbuatan khianat seseorang.