23.1 C
Malaysia
Saturday, October 26, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Buka Uniform Tu Pund*k” – Caprice Berang, Dedah Sering Diganggu Anggota Polis!

Tangkap layar yang dikongsikan oleh penyanyi rap terkenal , Caprice telah mengundang tanda tanya warganet, di mana salah seorang anggota polis dikatakan sering mengganggunya dengan menghantar mesej di Instagram penyanyi tersebut.

Caprice Diganggu Anggota Polis

Berdasarkan tangkap layar yang dimuatnaik Caprice di Instagram Story baru-baru ini, seorang anggota polis yang dikenali sebagai Nazmi Zafre sering menghantar mesej berunsur negatif di Instagramnya.

“Pondan”

“Padan muka kau” komen Nazmi

Foto – Instagram @capriceofficial

Berikutan itu, penyanyi rap ini bertindak memuatnaik tangkap layar mesej yang dihantar anggota polis tersebut sambil (tag) akaun Instagram Polis Diraja Malaysia (PDRM)

“@pdrmsia_official pegawai anda tak habis-habis dm kita @nazmizafre”

“@pdrmsia_official polis ajak lumba..Dahsyat. Mai sini Caprice ajak minum kopi” komen Caprice

Luah Rasa Tak Selamat

Dalam masa yang sama, Caprice merasakan individu tersebut tidak layak memakai baju seragam polis kerana sikapnya seolah-olah tidak mencerminkan identitinya sebagai seorang anggota polis yang sepatutnya menjaga keamanan.

“Buka uniform tu pund*k @nazmizafre” komen Caprice

Oleh kerana kerap kali menerima mesej bersikap biadap dan agresif di Instagramnya, Caprice berasakan dirinya tidak selamat dengan kejadian yang dialaminya ketika ini.

Foto – Instagram @capriceofficial

“Mereka sepatutnya buat kita rasa selamat. Dan bila seorang pegawai selalu semakkan peti mesej saya dengan mesej biadap dan agresif, bagaimana saya boleh rasa selamat lagi selepas ini? Sesetengah orang mungkin dapati ianya kelakar, tapi sebenarnya ia tidak.” komen Caprice lagi

Siapa boleh terima kalau sering diganggu sebegini rupa betul tak? Harap isu ini tak berlanjutan dan selesai dengan baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.