Pada minggu lalu, nama pelakon dan model Haneesya Hani sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial selepas terdapat segelintir netizen telah mengecamnya dengan menyamakan Haneesya dengan beberapa perkara termasuklah perbandingan melampau seperti menyamakan Haneesya dengan Hajarul Aswad.
Buat Laporan Polis
Susulan daripada itu, ibu kepada Haneesya, Nor Sakuraneeda menerusi video yang telah dikongsi pelakon itu di laman Twitter nya telah memaklumkan telah membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik isu ini. Menurut Nor Sakuraneeda, sebelum ini dia redha dengan Haneesya yang dilahirkan sebagai individu berkulit gelap.
https://twitter.com/HaneesyaHanee/status/1178320547374985216
Namun perbandingan melampau yang dibuat oleh netizen -netizen ini dianggap sebagai agak keterlaluan sehingga menjatuhkan nama dan maruah Haneesya.
Mohon Maaf
Kecewa dengan kecaman-kecaman tersebut, kali ini ibu Haneesya telah bertegas dan memberi tempoh masa selama dua minggu untuk netizen tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka. Sekiranya gagal, pihak mereka akan meneruskan kes ini ke muka pengadilan.
Namun begitu, tidak lama selepas posting tersebut dimuat naik, hasil carian kami di media sosial mendapati netizen-netizen yang dimaksudkan telah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut. Semoga terus sukses Haneesya!