Sebelum ini, netizen mengecam hebat tindakan usahawan kosmetik yang juga penyanyi, Safiey Ilias yang telah kembali menjadi ‘wanita’ selepas terdahulu membuat keputusan untuk berubah.
Nekad Untuk Berubah Sekali Lagi
Namun tidak lama kemudian, Safiey yang kini popular menerusi single Apa Salah Syinta sekali lagi mengumumkan bahawa dia sudah kembali ke pangkal jalan dan nekad untuk berubah ke arah kebaikan demi agama dan keluarga tercinta. Satu per satu perubahan telah dibuat Safiey atau nama sebenarnya Saifuddin Bin Ilias.
Umum Jalani Pembedahan Buang Silikon
Bermula dengan memotong rambuk pendek, serta berpenampilan seperti seorang lelaki , menerusi laman Instagram nya Safiey turut mengumumkan sesuatu yang mengejut. Menurutnya, pada hari ini dia akan melakukan pembedahan untuk membuang silikon pada tubuh badannya. Menerusi kenyataannya sebelum ini, Safiey akui dia telah memakai silkon bagi menyerupai susuk fizikal seperti seorang wanita.
Pengumuman yang dikongsi Safiey itu turut dipuji pengikut-pengikut malah turut mendoakan agar proses pembedahan akan berjalan dengan lancar dan dipermudah kan segalanya.
Kongsi usahawan itu lagi, ibu bapanya sudah berada di rumah bagi menjaganya kelak selain mengharapkan pengikutnya juga dapat mendoakan yang terbaik buatnya. Welcome back Safiey!