21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Boy Iman Akui Sudah Berpisah Dengan Isteri Sejak 20 April 2018

Agak mengejutkan yang mana selebriti dan usahawan Datuk Boy Iman telah berkongsi satu perkhabaran yang mana dia sebenarnya sudah lama berpisah dengan isterinya, Ida Anas.

Cerai Sejak Tahun Lalu 

Perkongsian yang dibuat Boy Iman menerusi laman Instagram nya memaklumkan bahawa dia dan isterinya itu telah bercerai pada 20 April 2018. Jelas pelakon Blok 404 ini, dia terpaksa akur untuk berkongsi khabar berita yang menyedihkan itu kerana ramai yang bertanyakan status rumahtangga mereka.

Menurut Boy Iman, dia dan bekas isteri sengaja mendiamkan perkara itu kerana terkesan dengan perpisahan tersebut apatah lagi turut melibatkan perasaan anak mereka.

https://www.instagram.com/p/B1GkVd9HZyq/?utm_source=ig_embed

Doakan Yang Terbaik 

Biarpun sudah berpisah, Boy Iman turut mengharapkan agar netizen turut mendoakan dia serta bekas isteri agar terus bahagia dengan kehidupan masing-masing selain mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka.

https://www.instagram.com/p/B1JUkFpn7W4/

Tambahnya lagi, dia mengharapkan agar anak-anaknya tidak menjadi mangsa kepada perpisahan mereka selain turut meminta anak-anaknya dapat menjaga bekas isterinya dengan baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.