Pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah kedai menjual permainan kanak-kanak berikutan harga mainan yang disifatkan sebagai ‘tidak masuk akal’.
“Jangan Sembelih Orang Hidup-Hidup”-Sharnaaz Ahmad
Menerusi Insta Stories, Sharnaaz menyelar kedai tersebut yang dikenali sebagai Toy World Malaysia agar tidak menganayai orang lain dengan jualan harga mainan yang sangat mahal.
“Toy World @TOYWORLDONLINE nak meniaga boleh, Tapi jangan sembelih orang hidup-hidup belum masuk raya haji lagi!!”- pesan Sharnaaz
Minta Pihak Toy World Balas DM
Tambahnya lagi, dia turut mempersoalkan pihak Toy World dengan jualan harga sebuah mainan yang bernilai RM550 dan meminta pihak terlibat untuk membalas pertanyaan yang diajukan menerusi direct messages (DM).
“Apa ke binatang minion pekak letak battery 6 bijik kat kaki hang sembelih orang RM550. Boleh beli basikal budak 2 bijik woi. Reply DM aku sibaittt”-tegas Sharnaaz
Sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan lanjut dibuat oleh pihak Toy World Malaysia.