Pelakon popular tanah air, Dato Fizz Fairuz tampil bersuara selepas isu babak ‘panas’ yang dilakonkan oleh rakan sejawatnya, Zul Ariffin masih hangat dibincangkan di media sosial.
“Bila Tak Dijaga Beginilah”
Menerusi hantaran di media sosial, Fizz akui rasa sedih dengan apa yang berlaku dengan industri hiburan ketika ini. Menyifatkan negara mempunyai masyarakat yang beradab, Fizz turut menemplak aksi drama tersebut meskipun ia mungkin tidak ditayangkan.
“Bila tak dijaga beginilah. Kadang-kadang sedih ngan industri ni. 2 tahun Allah uji, kita mulakan dengan benda baru. Bukan benda baru macam ni..
Adoii..Kuar tv atau tak, kita ada adab kot”- tegas Fizz
Selain itu, Fizz turut berharap kontroversi yang berlaku menjadi pengajaran buat semua pihak malah berharap terdapat tindakan yang akan diambil oleh pihak terlibat.
“Jangan syok sendiri. Harap pengajaran untuk semua. Menteri agama Islam Malaysia pun dah bersuara. Harap ada la sikit tindakan.”- katanya
Dipersetujui Netizen
Tinjauan Murai.my di ruangan komen hantaran Fizz mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Fizz malah ada yang berpendapat mahu boikot kedua-dua selebriti tersebut yang terlibat.
“Ya. Gam jer artis ni..Sakit hati.”
“Setuju.”
“Memang kurang jagaan diorang ni.”
“@zul_ariffin @sitihariesa sila boikot pelakon murahan ni.”
“Sanggup pulak terima adegan macamtu.” komen mereka
Terdahulu, Murai.my melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk yang bakal memanggil produksi dan pelakon yang terlibat dalam drama ‘Perempuan Itu’.