Pelakon, Syafie Naswip tampil memberikan pendapatnya terhadap sikap sesetengah pelakon menjadikan pertengkaran di set penggambaran sebagai satu gimik untuk mempromosikan sesebuah drama ataupun filem.
“Bila Dikecam Salahkan Netizen”
Menerusi Insta Stories, Syafie akui tidak faham dengan sikap pelakon-pelakon yang mempunyai nama besar di dalam industri sanggup membuat promosi sedemikian.
“Zaman sekarang nak lakukan drama kena up pergaduhan dekat set, Kena buat live nangis-nangis macam psycho. Lepastu bila dikecam kata salah netizen.
Dan jawapan takpa aku dapat pahala free. Lebih menyakitkan orang yang buat ini adalah orang yang truly talented. Why arh?”-soal Syafie
Lakukan Marketing Dengan Cara yang Sihat & Bermaruah
Tambahnya lagi, dia berpendapat tidak salah untuk melakukannya untuk tujuan pemasaran namun berharap ia dilakukan dengan cara yang lebih sihat dan bermaruah.
“Tak boleh brain. Boleh je nak marketing cara yang lebih sihat dan bermaruah sikit.
Cukuplah berlakon dekat set sahaja.”- katanya
Awal Mac baru-baru ini tular di media sosial yang melibatkan pelakon Iqram Dinzly dikatakan mencekik leher rakan gandingannya Mona Allen terlalu kuat sewaktu penggambaran drama Hati Yang Dikhianati telah menimbulkan reaksi daripada pelbagai pihak. Walaubagaimanapun, mereka menjelaskan bahawa ianya hanyalah sekadar gimik untuk mempromosikan drama lakonan mereka itu.