Sejak semalam, industri hiburan hangat memperkatakan mengenai penularan video aksi bercumbu pasangan kekasih yang masih remaja di media sosial.
Simpati Dengan Keadaan Nora
Lebih mengejutkan, remaja perempuan itu merupakan salah seorang anak perempuan kepada penyanyi popular Nora Ariffin iaitu Putri Nur Dahlia.Sejurus selepas itu, Instagram Nora dibanjiri dengan pelbagai komen termasuk kecaman daripada netizen yang mempersoalkan mengenai tindakan anaknya. Bagaimanapun, rata-rata meluahkan rasa simpati ekoran penyanyi turut menerima khabar duka pada pagi Rabu mengenai pemergian ibu mertuanya, Nora Abdullah.
Susulan itu juga, Nora memuat naik satu hantaran di laman Instagram nya yang mana dia dengan berat hati akui pelaku di dalam video tersebut adalah anak perempuannya. Jelas Nora, dia sebagai seorang ibu telah cuba sedaya upaya untuk mendidik anak-anaknya dengan cara terbaik dan mengharapkan orang ramai memberi ruang seketika kepada mereka.
Harap Jadikan Pengajaran
Dalam perkembangan lain, anak sulung kepada Nora yang juga penyanyi Mohd Syakir Iman menerusi kenyataanya di laman Twitter berharap agar isu mengenai adiknya itu dapat dijadikan sebagai pengajaran buat orang ramai.
Malah dia dan keluarga sememangnya dalam usaha untuk membendung hal ini daripada terus tular.
Menerusi carian Murai.my di komen yang ditinggalkan pada hantaran Nora sebelum ini mendapati, ramai yang turut bersimpati dengan ujian yang menimpa pelantun Hanya Satu itu dan tidak lama kemudian Nora telah menyahaktikfkan ruangan komen di beberapa hantaran di laman Instagram.