Suatu ketika dahulu, ibu kepada usahawan dan pelakon baru Cik B yang juga jutawan kosmetik, Dato Sri Vida (DSV) pernah meluahkan rasa kesalnya apabila melihat penampilan dan bentuk fizikal Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15 menjadi mangsa ‘body shaming’.
Tampil Dengan Rambut Keriting
Namun, remaja verstail ini hanya menjadi dirinya sahaja dan tidak mempedulikan komen-komen negatif, sebaliknya tidak henti membuatkan ramai kagum dengan pencapaiannya. Terbaru, di media sosial Cik B sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa hantaran di laman Instagram nya yang memperlihatkan dirinya tampil dengan imej rambut keriting.
Ramai Selebriti Puji
Difahamkan, penampilan tersebut adalah bertujuan bagi menjayakan sebuah sesi fotografi dan kelihatan ramai yang memuji nya termasuk dibanjiri komen oleh golongan selebriti. Rata-rata daripada mereka begitu teruja melihat hasil transformasi Cik B yang kelihatan persis selebriti Hollywood iaitu Beyonce.
Tidak kurang daripada itu, ada juga diantara mereka yang menganggap Cik B seperti penyanyi rap terkenal, Cardi B. Terdahulu, Cik B turut dipuji ramai apabila kelihatan feminin dan bergaya dalam menjayakan sesi fotografi sebuah majalah tempatan.