24.9 C
Malaysia
Saturday, October 26, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Berkemungkinan Terkena Ilmu Hitam, Tajul Titip Doa Buat Khalis

Penyanyi Tajul menerusi laman Insta-story nya menitipkan doa buat abang tercinta yang juga bekas vokalis Spin, Khalis selepas dia dilaporkan menderita sakit.

Tidak Tolak Kena Buatan Orang

Memetik laporan Mstar Online, Khalis atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari,33 sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan selepas dikejarkan ke hospital pada malam Rabu. Dedah Tajul, dia tidak menolak abangnya berkemungkinan terkena buatan orang atau ilmu hitam.

“Wallahualam, saya tak berani nak kata apa berhubung sakit abang saya. Tapi siapa yang tengok gambar dia tu mungkin akan faham.

“Dia sakit sejak empat atau lima hari yang lalu. Kemudian semalam (Rabu) dia dibawa ke hospital,” katanya kepada portal tersebut

Peminat Doakan Kesihatan Khalis 

Dalam perkembangan berkaitan, menerusi carian Murai.my ke akaun Instagram adik kepada Allahyarham Achik Spin itu mula dibanjiri komen oleh para peminat.

Rata-rata meluahkan rasa terkejut serta mendoakan agar Khalis kembali sembuh seperti sedia kala. Terdahulu, perkembangan terkini Khalis menjadi tanda tanya selepas foto penyanyi itu yang didukung oleh seseorang tular di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.