34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Beri Sokongan Terhadap Akta GEG, Caprice Mahu Arak Diharamkan Di Malaysia?

Rapper dan usahawan, Caprice menggesa pihak kerajaan untuk mengkaji semula akta baharu bagi Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok iaitu dasar ‘Generational End Game’ (GEG).

“Saya Juga Tak Mahu Anak-Anak Saya Merokok…”

Menerusi hantaran di Instagram, Caprice dilihat memberikan memorandum tersebut kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan berpendapat masyarakat baru sahaja mahu memulakan kehidupan selepas penularan wabak COVID-19.

“Kita support GEG, anak muda lahir selepas 2007 tak boleh rokok dan vape. Saya juga tak mahu anak-anak saya vape atau merokok.

“Tapi apa yang dibentang dalam GEG sangat-sangat bahaya dari kuasa DG dann impak serta-merta kepada industri. Kita harus kaji balik semula bill GEG dengan lebih lanjut.

“Adakah ini benar-benar masa terbaik untuk semua ini? Ekonomi teruk. Kos sara hidup meningkat. Orang baru mahu hidup semula selepas COVID-19.”-Tulis Caprice

Gesa Orang Ramai Haramkan Arak 

Memuatnaik tangkap layar ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah mengenai fatwa yang mengharam rokok elektronik dan vape, Caprice menggesa untuk turut mengharamkan arak dalam negara.

“Alang-alang DG buka cerita pasal halal/ haram, jom kita haramkan ARAK sekali dekat Malaysia.”-Tulis Caprice

Apa pendapat anda? Adakah anda setuju merokok dan vape bakal diharamkan dalam negara?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.