Sebelum ini kecoh apabila pelakon Rozita Che Wan mengeluarkan satu kenyataan di laman Insta story nya yang seolah-olah memerli seorang pereka fesyen yang kini bergelar penyanyi. Meskipun tidak menyatakan siapakah gerangan tersebut, namun rata-rata netizen membuat spekulasi status tersebut ditujukan buat Ezuwan Ismail yang kini tampil bersama trio E1 sekaligus mengandaikan bahawa kedua-dua sahabat ini mempunyai perselisihan faham.
Che Ta Hadir Beri Sokongan
Terbaharu, di acara koleksi raya yang dilancarkan oleh Ezuwan pada petang Ahad menyaksikan Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta turut hadir memberikan sokongan kepada pertunjukan fesyen sahabatnya itu.
Kemunculan pelakon itu telah membuktikan bahawa tiada masalah yang berlaku antara mereka berdua dan turut diperakui oleh Ezuwan sendiri menerusi laman Instagram nya.
Ezuwan Ismail Akhirnya Luah Kisah Sebenar
Menurut pereka fesyen terkenal itu, setelah sekian lama kontroversi itu berlalu akhirnya dia berpeluang untuk menceritakan mengenai perkara yang sebenar mengenai persahabatan mereka kerana beranggapan inilah masa yang sesuai untuk berkongsi akan perkara tersebut.
Jelas Ezuwan, dalam berkawan sememangnya ada adat turun dan naik malah kawan yang baik juga merupakan seorang yang jujur. Tambah Ezuwan lagi, dia langsung tidak memendam sebarang perasaan kecil hati dan kecewa malah turut meluahkan rasa kasih dan sayang pada sahabatnya itu. Ezuwan bersama kumpulannya E1 yang dianggotai oleh dirinya sendiri, Zulyasrani dan Ariff Imran turut melancarkan single lagu Hari Raya mereka yang berjudul Rindu Lebaran.