21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Berat Untuk Saya” – Tomok Umum Tutup Operasi Arriandra

Sebelum ini, peminat sedia maklum bahawa penyanyi Tomok mempunyai beberapa rangkaian perniagaan termasuklah mengusahakan perniagaan tudung jenama Arriandra bersama isteri tercinta.

Tutup Operasi Selepas 5 Tahun


Malah, jenama tersebut merupakan antara perniagaan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail yang terawal. Namun, selepas lima tahun bertapak Tomok telah mengumumkan satu berita sedih yang mana dia terpaksa menutup operasi perniagaannya itu.

Adakan Jualan Murah

Dalam posting yang dimuatnaik Tomok di laman Instagram nya, dia akui berasa sedih dan berat hati membuat keputusan demikian kerana tidak lagi mampu meneruskan Arriandra.

Di kesempatan itu, Tomok mengucapkan terima kasih buat semua pelanggan dan peminat yang menyokong perniagaan mereka selama ini, selain turut mengumumkan bakal mengadakan jualan murah bagi menghabiskan stok tudung yang ada. Selain Arriandra, Tomok turut memiliki francais minuman jenama Chatime di Aeon Mall Shah Alam dan Street Churros di Seremban 2.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.