30.4 C
Malaysia
Saturday, September 14, 2024

Latest Posts

“Berani Menuntut Hak Yang Benar”- Netizen Tumpang Gembira, Kes Tuntutan Hadiah Aishah Selesai

Juara Gegar Vaganza musim ke-4, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin kini boleh menarik nafas lega apabila kes tuntutan hadiah membabitkan sebidang tanah lot berjaya diselesaikan dengan baik di mahkamah semalam.

Pelatun lagu ‘Janji Manis Mu’ ini berkongsi berita gembira berkenaan menerusi perkongsian video ringkas yang dimuatnaik di saluran YouTube dan juga di Instagram beliau.

Penantian 5 Tahun Berakhir

Melihat muatnaik terkini Aishah di Instagram, penyanyi ini meluahkan rasa gembira dengan mengucapkan terima kasih pada peguam yang memakilinya menerusi coretan ringkas beliau.

“Terima kasih pada pasukan peguam saya, Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates.” Coretnya

via Instagram Wan Aishah Wan Ariffin

Murai MY menjengah pula ke saluran YouTube milik penyanyi terkenal ini, di mana Aishah memuatnaik video ucapan dan sedikit penjelasan dari peguamnya Mohammad Izwan Azmi tentang kes tersebut.

Berdasarkan info yang diberikan oleh peguam yang mewakili penyanyi ini menerusi video di YouTube, bahawa pihak penaja telah memberi cadangan di mahkamah bagi menyelesaikan kes tuntutan hadiah tanah lot tersebut dan cadangan yang diberi telah dipersetujui oleh Aishah sendiri.

“Tahniah kepada Datuk Aishah kes ini dikatakan selesai. Terdapat ‘proposal settlement’ daripada pihak ‘defendant defendant’ penaja, di mana Datuk Aishah dah setuju.” Ujar Mohammad Izwan

Dalam video ringkas tersebut, Mohammad Izwan tidak memberi butiran lanjut tentang cadangan yang dikeluarkan oleh pihak penaja.

YouTube video

Netizen Tumpang Gembira

berita yang dikongsikan Aishah ini mendapat respon positif warganet di YouTube dan juga di Instagram beliau, rata-rata ramai meluahkan rasa senang dan tumpang gembira atas kemenangan penyanyi tersebut.

“Alhamdulillah. Keadilan untuk yang berhak. Jangan main-main dengan bekas pelajar jurusan undang-undang ya. Berani menuntut hak yang benar.”

“Syukur alhamdulillah. Tahniah kak Aishah.”

“Yeah!! Tahniah!! Akhirnya.. Sejak 2017.” Komen warganet

via YouTube/Instagram Datuk Wan Aishah Wan Ariffin

“Alhamdulillah. Tahniah Datuk.”

“Syukur bila berjaya. Kita berjuang untuk hak kita.”

“Alhamdulillah. Tahniah tahniah.” Komen mereka

Terdahulu, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (GV) musim ke-4 pada tahun 2017 dan membawa pulang wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo dan juga pakej percutian ke Eropah Timur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.